Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Terima kasih kawal lalu lintas jalan raya

    Ketika melintasi kawasan sekolah baru-baru ini kelihatan anggota polis trafik sedang mengawal pergerakan kenderaan yang agak sesak pada ketika itu.

    Keberadaan anggota petugas sedikit sebanyak memberikan kelancaran aliran lalu lintas dan menjaga keselamatan kenderaan pengguna di jalan raya.

    Pada masa sama ia juga membantu pengguna jalan raya menjimatkan masa.

    Tidak dapat dibayangkan bila dan berapa lama kesesakan lalu lintas akan pulih seperti sedia kala tanpa kehadiran mereka yang ditugaskan di tempat tersebut dan berkemungkinan keadaan akan menjadi huru-hara.

    Tanpa mengira panas terik dan hujan lebat mereka tetap melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi walaupun berdepan risiko yang tinggi berada di tengah arus kenderaan.

    Mungkin terdapat segelintir masyarakat yang mengabaikan atau bahkan meremehkan tugas mereka, padahal hakikatnya tanggungjawab mereka juga besar. Justeru pujian dan penghargaan perlu diberikan setimpal dengan usaha serta pengorbanan mereka. Mereka bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi turut menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di jalan raya.

    RyderZ

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...