Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima kasih peduli isu pengangguran

    Bekerja secara berkontrak yang ditawarkan oleh salah sebuah syarikat swasta melalui program yang disediakan oleh pusat pekerjaan baru-baru ini telah memberikan peluang kepada saya untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran di samping pengalaman yang tidak ternilai.

    Pusat tersebut merupakan tempat yang berfungsi sebagai penghubung antara pencari kerja dan majikan yang menawarkan peluang pekerjaan sama ada secara tetap atau berkontrak.

    Tertubuhnya pusat tersebut sedikit sebanyak memberikan perubahan dan perkembangan serta kemajuan berkaitan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pihak majikan daripada pelbagai syarikat sekali gus memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan keberkesanan pasaran buruh di negara ini.

    Tawaran jawatan itu didaftarkan oleh majikan ke pusat berkenaan dengan menyediakan butiran lengkap berkaitan jawatan dan tersedia di platform laman sesawang rasmi bagi memudahkan para pencari kerja untuk mendapatkan peluang yang sesuai dengan kelayakan dan minat mereka, terutamanya golongan belia dan graduan baharu.

    Berbanding sebelumnya iaitu sebelum penubuhan pusat tersebut para pencari pekerjaan perlu berusaha untuk mencarinya secara manual dengan menghantar dokumen-dokumen penting ke syarikat tertentu.

    Kemajuan dan pencapaian pusat tersebut secara tidak langsung mampu menyumbang kepada produktiviti dan daya saing negara.

    Memandang ke hadapan usaha berterusan perlu dipergiat dan dipertingkatkan bagi memastikan pusat pekerjaan benar-benar berperanan sebagai pemangkin pembangunan sumber tenaga manusia di negara ini terutama berkaitan isu pengangguran.

    Ahmad Syukur

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda