Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima kasih peduli kebajikan kampung

    Saya selaku salah seorang penduduk Kampung Lambak, Mukim Berakas A, amat bersyukur dengan perkembangan dan kemajuan kampung.

    Bermula dengan tertubuhnya stesen minyak Shell, sekolah rendah dan menengah, masjid, kedai runcit dan kini pembinaan tiga konkrit yang merujuk kepada nama kampung itu sedang giat dilaksanakan sejak bertahun-tahun lamanya ia diabaikan.

    Ia dibina di tiga tempat iaitu di kawasan sebelum memasuki kampung melalui jalan utama yang terletak di permulaan simpang.

    Kedua, terletak di pertengahan kawasan persimpangan jalan dan ketiga ketika memasuki kawasan kampung dari lebuh raya atau jalan hala keluar ke lebuh raya.

    Dengan kemunculan tanda nama itu nanti akan memudahkan lagi orang awam yang berkunjung ke kawasan itu untuk mengenali kampung tersebut dengan lebih dekat lagi, di samping secara tidak langsung mampu menyemarakkan suasana dan persekitarannya.

    Selain itu, usaha lain seperti pembersihan longkang-longkang bagi mengelakkannya tersekat, penurapan jalan yang rosak dan pemotongan belukar pada bahu jalan raya adalah amat dihargai.

    Segala usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan menunjukkan keprihatinan dan sikap tidak camah mata terhadap kemaslahatan penduduk dan persekitaran kampung.

    Haji Khabar

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda