
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Setelah berkhidmat selama lapan tahun sebagai Jurulatih Basikal Kebangsaan Brunei Darussalam, Yafiz Jamaludin yang mula berkhidmat pada 29 Disember 2009 telah menamatkan kontraknya pada 19 Januari 2018 lalu.
Sehubungan itu, wartawan Media Permata sempat menemu bual beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas, sebelum pulang ke tanah airnya, Malaysia baru-baru ini.
“Selaku jurulatih yang diberikan mandat, saya melakukan tugas dengan bertanggungjawab. Apa yang sebenarnya memberikan dorongan kepada saya adalah cita-cita negara ini iaitu untuk memajukan sukan berbasikal selain mengharumkan nama negara melalui sukan ini di peringkat serantau mahupun antarabangsa,” ujar Yafiz. (Klik di sini untuk cerita lanjut)