Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima kunjungan delegasi AAMEP

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @Maidin telah menerima kunjungan daripada lima perwakilan delegasi Program Pertukaran Muslim Australia-ASEAN (AAMEP) di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan, hari ini.

    Menurut kenyataan yang diterima dari Jabatan Mufti Kerajaan di sini, delegasi tersebut diketuai oleh Pengarah AAMEP, Rowan Gould.

    Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Lazarus Arnold; Penolong Mufti (Ifta’), Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah, dan pemangku pengarah pentadbiran serta beberapa pegawai Jabatan Mufti Kerajaan.

    Delegasi daripada perwakilan AAMEP yang dalam rangka lawatan ke Brunei Darussalam selama seminggu ini adalah terdiri daripada lima pemimpin Islam dari Australia iaitu Kauthar Abdulalim, Zinab Al Hilaly, Anjuma Kasmani, Mohammad Khelil dan Ameen Soliman.

    Kunjungan itu adalah sebahagian daripada program pertukaran budaya dan intelektual perwakilan-perwakilan Muslim di kalangan negara-negara ASEAN dan Australia.

    AAMEP ialah inisiatif Majlis Australia-ASEAN di bawah Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia bersama Mosaic Connections dan disokong oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Brunei Darussalam.

    AAMEP bertujuan untuk memupuk hubungan rakyat dengan rakyat antara komuniti Islam di Australia dan ASEAN.

    Dato Seri Setia Dr Haji Japar semasa bergambar ramai bersama perwakilan delegasi AAMEP, di Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan. – Gambar serahan Jabatan Mufti Kerajaan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda