Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Perwakilan Rakyat Aceh, Republik Indonesia di Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).
Delegasi diketuai oleh Sekretari Komiti III Dewan Perwakilan Rakyat Aceh, Republik Indonesia, Ir H Azhar Abdurrahman.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.
Selepas itu, delegasi dibawa untuk mendengarkan taklimat yang dipengerusikan oleh Haji Mohammad Rosli.
Turut hadir ialah Pengarah Hal Ehwal Syariah, Haji Suhaimi bin Haji Gemok; Pemangku Setiausaha Majlis, Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei, Haji Hamzah bin Haji Sabtu; Pemangku Pengarah Perundangan Islam, Dayang Mahani binti Haji Suhaili dan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, KHEU, Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/09/P2-A_27092023.jpg)