Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima kunjungan hormat Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Ken O’Flaherty. 
     
    Menurut kenyataan, pertemuan tersebut menekankan hubungan dua hala yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom yang telah terjalin sejak sebelum kemerdekaan negara ini.
     
    Kedua-dua pihak turut menyentuh mengenai kerjasama di semua peringkat serta hubungan mesra rakyat yang terus memperkukuh ikatan persahabatan antara kedua-dua negara. 
     
    Selain itu, kerjasama dalam pelbagai bidang turut menjadi tumpuan, di samping usaha memperkukuhkan hubungan antara parlimen melalui perkongsian maklumat dan pengalaman. 
     
    Pertukaran pandangan juga merangkumi isu-isu global seperti perubahan iklim dan kepelbagaian ekonomi dengan harapan dapat memperluaskan lagi ruang kerjasama pada masa hadapan. 
     
    Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Datin Paduka Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah. 
     
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman menerima kunjungan hormat daripada Ken O’Flaherty kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda