Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima kunjungan hormat Presiden IsDB

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, petang tadi telah menerima kunjungan hormat Presiden Islamic Development Bank (IsDB), Tuan Yang Terutama Dr Muhammad Sulaiman Al Jasser, bertempat di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis.

    Kunjungan tersebut bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan IsDB, di samping mengukuhkan perkongsian strategik dan meningkatkan lagi hubungan dua hala.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh; dan Pemangku Pengarah Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitul Mal KHEU, Pengiran Dr Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.

    Sesi bergambar ramai Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama TYT Dr Muhammad Sulaiman Al Jasser beserta pegawai-pegawai kanan KHEU dan IsDB. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda