Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Terima teguran secara terbuka’

    Gara-gara berkongsi video sedang berkaraoke bersama peminat, penyampai berita Hawa Rizwana yang berseluar ketat menerima kecaman warganet yang mempersoalkan penampilannya ketika acara tersebut.

    Menjawab berkaitan komen-komen yang diberikan, Hawa, 27, berterima kasih atas perhatian yang diberikan dan akan mengambil iktibar terhadap semua teguran yang diberikan.

    “Mungkin orang biasa melihat penampilan saya di kaca televisyen ketika menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video tersebut adalah gaya kasual sendiri yang biasa saya pakai apabila keluar.

    “Terima kasih atas semua komen yang diberikan. Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang.

    “Saya juga mohon maaf, jika video tersebut membuat ada mana-mana pihak tersinggung,” katanya ketika dihubungi wartawan.

    Menerusi video yang dimuat naik Hawa sebelum itu, bukan sahaja penampilannya dikritik, malah aktiviti karaoke juga mendapat kecaman warganet.

    Bagi pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini, ada ketika dia juga mahu berkongsi aktiviti peribadi dan tidak hanya berkaitan dengan kerjaya semata-mata.

    Apa yang penting baginya adalah setiap perkongsian itu tidak keterlaluan dan bukannya mendatangkan ancaman kepada orang lain. – Agensi

    Hawa Rizwana terima kecaman daripada warganet mengenai perkongsian video dengan penampilan berseluar ketat ketika berkaraoke bersama peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...