Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teringinkan anak, pasangan bunuh dua pelarian Ukraine

    BERLIN, 11 FEB – Mahkamah Jerman kelmarin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada sepasang suami isteri kerana membunuh dua pelarian Ukraine, ibu dan nenek kepada seorang anak damit baru lahir yang dirancang diculik mereka dan dianggap sebagai anak mereka sendiri.

    Pasangan tersebut, yang dikenali media Jerman sebagai Marco O., 43 tahun dan isterinya Ina, 45 tahun, ditangkap pada bulan Mac, seminggu selepas pembunuhan di mana kedua-dua wanita itu dipukul hingga mati.

    Hakim-hakim di bandar Mannheim, barat daya Jerman, menyatakan keseriusan jenayah tersebut yang menyukarkan pembebasan awal selepas penjara minimum 15 tahun, kata jurucakap mahkamah. Pasangan tersebut dido-rong oleh ‘keinginan yang lama tidak tercapai untuk mempunyai seorang anak perempuan,’ kata pendakwa raya. Mereka mahukan seorang anak perempuan dan mula merancang penculikan sejak 2023. Mereka berhubung dengan seorang wanita hamil Ukraine, Margarita R. (27 tahun), melalui aplikasi Telegram. Selepas anak damit itu dilahirkan, pasangan tersebut mengundang Margarita dan ibunya, Maryna S. (51 tahun), untuk makan malam.

    Semasa makan, mereka memasukkan ubat pelali ke dalam makanan mangsa. Mereka kemudian membawa Maryna ke tasik dan membunuhnya sebelum membuang mayatnya ke dalam air. Margarita pula diberitahu bahawa ibunya mengalami serangan jantung.

    Pasangan itu membawa Margarita dan anak damitnya ke Sungai Rhine, di mana wanita itu dipukul hingga mati. Mayatnya dibakar dan pasangan tersebut pulang bersama anak damit berusia lima minggu itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda