SHAH ALAM, SELANGOR – Elemen aksara zaman Mesir Purba iaitu, Hieroglif dan warna foto negatif (negative film) yang digabungkan dalam lukisan ‘Imaginasi Pintar + Komunikasi’ adalah antara karya seni menarik yang ditonjolkan pada Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2022 (PTGSA22) di Galeri Shah Alam, Selangor, Malaysia. Pelukisnya, Salyuddin Yusof, 47, berkata karyanya itu menterjemahkan aktiviti penggunaan telefon pintar menggunakan konsep Hieroglif