Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Terjun Sungai Seine selepas rompak kedai beg mewah

    PARIS, 16 OGOS – Seorang lelaki yang terjun ke dalam sungai Seine berjaya diberkas oleh polis selepas merempuh kereta ke sebuah kedai Valentino dan merompak berpuluh-puluh beg tangan mewah.

    Polis melaporkan suspek berusia 24 tahun itu merempuh keretanya ke dalam kedai tersebut yang terletak di Rue Saint-Honore pada jam 2 pagi. Sebanyak 30 beg tangan mewah dan barangan lain dirompak sebelum suspek melarikan diri dengan menggunakan kereta.

    Lelaki tersebut gagal untuk mencari jalan keluar selepas aksi kejar-mengejar sejurus polis mengesan suspek berdekatan dengan opera Paris.

    Suspek meninggalkan kereta di Place de la Concorde sebelum terjun ke dalam sungai Seine.

    Polis telah berjaya menangkap suspek dan menahannya. Sumber mengatakan hampir keseluruhan beg tangan mewah yang dirompak telah ditemui dalam kereta suspek, dianggarkan berharga AS$1,013 hingga AS$3,040.

    Lelaki tersebut berhadapan tuduhan rompakan dan enggan mematuhi arahan polis, kata pendakwa raya Paris. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...