Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terkejut dapat terung kembar tiga setangkai

    10 tahunKUALA BELAIT, 18 Januari 2007 – Seorang lelaki terkejut melihat setangkai terung kembar tiga ketika hendak memotongnya untuk dijadikan hidangan.

    Lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hong berkata sayur itu daripada pekebun di Kampung Labi tetapi tidak menyedari keganjilan itu ketika dimasukkan ke beg plastik.

    Beliau hanya menyedari keganjilan terung itu ketika isterinya hendak memotong terung itu untuk dimasak, menurutnya kepada Media Permata.

    “Saya sungguh terkejut melihat sayur terung kembar tiga setangkai dan saya tidak pernah melihat yang seperti itu seumur hidup saya,” dakwanya.

    Dia biji daripada terung itu kembar melekat dan yang sebiji lagi agak terpisah tetapi masih dalam satu tangkai yang sama.

    Hong berkata pada mulanya isteri beliau memasak sayur itu kerana sayang akan keunikan itu tetapi dia membuat keputusan untuk memasaknya sahaja, mengambil gambar sebagai kenangan.

    Sementara itu, pekebun yang menanam sayur berkenaan mendakwa beliau juga tidak menyedari keanehan sayur itu ketika memetiknya dan terus memuatkan ke dalam plastik setelah Hong datang kepadanya.

    Pekebun itu juga berkata beliau tidak pernah melihat terung yang kembar seperti itu sebelumnya dan berharap ia satu petanda yang akan membawa keuntungan dalam hidup mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda