Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terkejut, terharu menangi $25,000

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Dua pemenang bertuah pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Aspirasi masing-masing membawa pulang $25,000 sebagai sebahagian daripada Hadiah Undian Suku Tahun BIBD Aspirasi.

    Pemenang-pemenang bertuah itu adalah Awang Mohd Arraafi bin Rumzan and Lee Ye Kiat, di mana nombor Sijil Aspirasi mereka terundi pada satu majlis penyampaian hadiah yang diadakan di cawangan BIBD Kiulap awal minggu ini.

    Dalam satu temu bual, Awang Mohd Arraafi berkata dia merancang untuk membawa keluarganya mengerjakan umrah dengan menggunakan hadiah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada BIBD atas peluang yang tidak disangka-sangka itu.

    “Pada mulanya saya melanggan BIBD Aspirasi kerana mahu menyimpan wang sebagai bayaran awal untuk membeli rumah sendiri. Saya tidak menyangka tiga bulan kemudian, saya mendapat satu panggilan telefon yang menyatakan bahawa saya menjadi antara yang terpilih bagi undian suku tahun,” katanya.

    Awang Mohd Arraafi juga merasakan bahawa BIBD Aspirasi telah menjadikan penyimpanan wang lebih mudah, “ini adalah inisiatif yang sangat bagus oleh BIBD, pelaburan dilihat sebagai sesuatu yang sukar untuk dilakukan, namun dengan BIBD Aspirasi ia mudah dilakukan secara online. Saya bahkan memberitahu rakan-rakan saya bagaimana untuk melanggan Aspirasi.”

    Sementara itu Lee Ye Kiat meluahkan rasa terkejutnya setelah memenangi $25,000, dan berharap kemenangannya itu akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk menyimpan lebih banyak dengan BIBD Aspirasi.

    Bagi memberikan lebih banyak peluang untuk merealisasikan inspirasi para pelanggannya, BIBD juga akan melancarkan BIBD Aspirasi 2. Di bawah program baharu itu, BIBD akan menghadiahkan lebih ramai pemenang dan peluang menang lebih besar kepada mereka yang menyimpan lebih lama.

     

    ATAS & BAWAH: Lee Ye Kiat dan Awang Mohd Arraafi bergambar bersama hadiah $25,000 BIBD Aspirasi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda