Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Terlalu menjiwai watak, Namie pengsan atas pentas

    Insiden pelawak Namie jatuh pengsan semasa siaran langsung program komedi Ubi Superstar Live semalam mencetuskan kebimbangan peminat.

    Menjelaskan punca dia rebah, Namie atau sebenarnya Najmi Shaharudin, 28, berkata ia bukanlah disebabkan kepenatan seperti yang diperkatakan warganet, sebaliknya disebabkan pendarahan pada hidung selepas terhantuk kepala rakan pelakon iaitu Fadhli Masoot.

    Kata Namie, semasa kejadian itu mereka sedang melakonkan babak dibuli dan semua pelakon memainkan peranan mereka sepenuh jiwa, lapor mStar.

    “Babak itu memang ada dalam perancangan… mungkin apabila semua sudah menjiwai watak, itu yang menyebabkan insiden terjadi.

    “Untuk babak itu, kepala saya perlu dihantukkan ke kepala Alang (Fadhli)… Ketika babak hantuk kepala itu, terkena pula pada tulang hidung saya.

    “Memang orang dekat situ boleh dengar bunyi hantukan itu. Selepas insiden itu saya mula lost, telinga berdesing, semuanya nampak hitam dan terus rebah.

    “Tahu-tahu sudah berada dalam ambulans dan hidung sudah berdarah,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Sementara itu, Namie berkata sebaik mendapatkan rawatan dia ingin kembali beraksi di atas pentas kerana bimbang peminat mencarinya, namun tidak dibenarkan kerana masih belum benar-benar pulih. – Agensi

    Rakan cemas lihat Namie tak sedarkan diri di atas pentas. – keramatviral
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...