Terlanggar mesin cuci pinggan, Halsey retak pergelangan kaki

Penyanyi terkenal antarabangsa Halsey mengalami kecederaan di pergelangan kaki selepas tergelincir di lantai dapur dan tersadung di pintu mesin cuci pinggannya.

Ketika ditemubual Capital FM, Halsey, 25, berkongsi bagaimana pergelangan kakinya boleh patah gara-gara lantai dapur yang licin.

“Saya sedang memasukkan pinggan mangkuk ke dalam mesin mencuci pinggan dan ketika sedang menarik pintu mesin itu ke bawah, saya tersadung kerana lantai dapur yang masih basah.

“Saya sudah membuat ‘beribu’ persembahan, di mana saya banyak melompat, akhirnya pergelangan kaki saya retak di dapur,” ujarnya smbil berseloroh.

Menerusi Instagram, Halsey mendedahkan bahawa dia terpaksa memakai pendakap untuk menyokong pergelangan kakinya yang tercedera.

Bagaimanapun, pendakap tersebut telah dibuka pada Selasa. – Agensi

Halsey mengalami kecederaan selepas tersadung di dapur di kediamannya. – Agensi