Sedekad dalam industri seni, nama penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie dilihat belum menyerlah dan meledak sepenuhnya. Daripada bernaung di bawah Suria Records dan kini, beralih ke Rocketfuel Entertainment, Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah disifatkan antara bakat yang terlepas pandang. Pelbagai usaha dilakukan Wani termasuk menyertai dunia lakonan dan pengacaraan. Menyimpulkan perjalanan baharu bersama Rocketfuel