Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Termakan janji sendiri

    SHANGHAI, 31 Julai – Sebuah syarikat pembuatan barangan dapur China, berkata bahawa ia setakat ini telah membayar sejumlah AS$9 juta berupa bayaran balik, menunaikan ikrar mahal kepada para pelanggan sekiranya Perancis memenangi Piala Dunia.

    Vatti, salah satu penaja pasukan Perancis, bergelut selepas pasukan pimpinan Didier Deschamps menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir di Moscow dua minggu lalu.

    Menurut perangkaan terbaharu Vatti, firma China itu telah membayar balik, sama ada dengan tunai atau hadiah, lebih daripada 62 juta yuan.

    Dan kos kepada Vatti terhadap kejayaan Les Bleus tidak berakhir di situ, dengan sebahagian lagi masih tertunggak.

    Jumlah keseluruhan pembayaran atas pemasaran berani itu akan mencapai hampir AS$12 juta.

    Vatti, yang ditubuhkan pada tahun 1992, berjanji sebelum Piala Dunia bahawa mereka akan membayar balik kepada para pelanggan yang membeli ‘Pakej Kejohanan’ daripada beberapa produk sekiranya Perancis menjulang trofi.

    Saham Vatti menjunam ketika Perancis membuat kemaraan di kejohanan itu, namun firma itu secara terbuka menyatakan ia masih positif.

    “Jumlah pembayaran balik mungkin sangat besar, tetapi ia termasuk dalam bajet tahunan kami. Ia tidak akan menjejaskan syarikat,” kata wakil Vatti, Wang Zhaozhao, kepada China Securities Journal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda