Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terminal Feri Antarabangsa Labuan jalin kerjasama rapat dengan pengawal pantai

    LABUAN, 31 MEI – Syarikat pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan iaitu LDA Holdings Sdn Bhd kini menjalin kerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut dalam memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang maritim.

    Pengerusi Eksekutif LDA Holdings Sdn Bhd, Noor Halim Zaini berkata satu taklimat kepada pengawal pantai dari Sabah serta para pegawai APMM dan Jabatan Laut Labuan berkaitan kerjasama itu telah diadakan semasa lawatan mereka baru-baru ini.

    “Kami akan memberikan komitmen penuh kepada pengawal pantai bagi memastikan penumpang yang menggunakan pengangkutan laut iaitu bot melalui terminal kami mematuhi sepenuhnya undang-undnag maritim.

    “Prosedur operasi standard (SOP) undang-undang maritim dalam mengendali pengangkutan laut dan SOP keselamatan penumpang tidak boleh dikompromi kerana ia melibatkan nyawa manusia,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda