LABUAN, 3 NOV – Terminal Feri Antarabangsa Labuan sedang melaksanakan projek pengubahsuaian menyeluruh bertujuan meningkatkan kemudahannya dan mewujudkan suasana lebih mesra kepada pengguna dan pelancong. Projek yang bermula September lepas itu dijadual siap Januari tahun depan. LDA Holdings Sdn Bhd, syarikat pengurusan yang bertanggungjawab ke atas terminal itu menyelia kerja-kerja ubah suai dengan kerjasama pemilik

