Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terminal Kennedy diselubungi asap kebakaran

    NEW YORK, 30 Jun – Para pegawai berkata kebakaran minyak di sebuah restoran di Lapangan Terbang Kennedy telah memenuhi terminal dengan asap sehingga mencetuskan penangguhan jadual penerbangan akibat penutupan pusat pemeriksaan keselamatan yang berhampiran.

    Kebakaran itu dilaporkan berlaku di Restoran Ekspres Panda di Terminal 4 pada jam 3:30 petang, kelmarin.

    Pihak berkuasa penerbangan New York dan New Jersey berkata kebakaran itu berjaya dipadamkan namun kawasan itu masih lagi dipenuhi dengan asap.

    Pusat pemeriksaan keselamatan dan tempat pelepasan telah ditutup sementara.

    Gangguan dan timbunan penumpang menyebabkan penangguhan penerbangan selama satu jam malam kelmarin. Tiada kecederaan dilaporkan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda