ROMPIN – Langkah kerajaan Malaysia melaksanakan projek ternakan ayam berskala besar di Kampung Tanjung Seratus, Kuala Rompin dengan peruntukan sebanyak RM60 juta, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi penduduk, tetapi turut membantu keterjaminan bekalan makanan negara. Ketua Peserta Kawasan Felcra Anak Endau Sulaiman Mustapha, 75, menyifatkannya sebagai ‘projek serampang dua mata’ kerana selain memberi manfaat

