Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ternakan kerbau di Lawas berpotensi untuk dipertingkatkan

    KUCHING, 1 OGOS – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengadakan lawatan ke ladang ternakan kerbau di Meragang, Lawas, di bahagian utara Sarawak sempena Jelajah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada 8 hingga 11 Ogos ini.

    Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementerian mahu melihat potensi ternakan kerbau di kawasan itu serta bagaimana untuk membantu dalam meningkatkan penternakan kerbau dan pengeluaran tenusunya.

    “Melalui kerjasama dengan pihak universiti, kami (kementerian) akan melihat dari segi sokongan yang lain supaya ternakan kerbau di Meragang dapat diperbesarkan lagi.

    “Selepas lawatan di kawasan Lawas, kita akan beralih ke Miri untuk perasmian Karnival Mini MAHA di samping mempromosikan MAHA 2024,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini. 

    Mohamad berkata MAHA 2024 dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 11 hingga 22 depan dan majlis perasmiannya akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abang Johari.

    “Semasa kunjungan hormat tadi, Premier secara peribadi telah bersetuju untuk menghadiri MAHA 2024 yang akan dianjurkan secara besar-besaran itu,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Mohamad Sabu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan di hadapan Pejabat Parti Amanah Gua Musang pada 21 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda