Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ternampak pokok seperti gerbang di wasai Peradayan

    Oleh Ampuan –

    Di kampung kecil, ada empat sekawan yang terkenal degil – Fitri, Malik, Jali dan Rafi.

    Dorang ani inda pernah mendangar cakap urang tua, selalunya buat hal sendiri. Satu malam, dorang merancang kan masuk ke hutan Peradayan, tempat yang urang tua selalu pesan jangan dimasuki bila malam, lagi-lagi waktu dinihari.

    Tapi si Fitri cakap, “Apa jua, hutan saja tu, bukan ada apa-apa pun.”

    Dorang yang lain pun setuju. Jam menunjuk dua pagi, dorang pun masuk ke hutan dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan semangat budak muda yang inda takut apa-apa.

    Waktu dorang berjalan, hutan atu sunyi, inda ada bunyi burung ataupun serangga.

    Gambar ChatGPT

    Udara terasa berat, tapi dorang buat inda peduli. Sampai dorang ke sebuah wasai, airnya jernih berkilat di bawah sinar bulan penuh.

    Malik, Jali sama Rafi terus masuk dalam air, main percik-percik.

    Tapi si Fitri, rasa ingin tahunya tinggi mengenai dari mana asal air tersebut.

    “Aku naik ke atas wasai, kan melihat dari mana asal air ani,” katanya.

    “Jangan, bah! Batah-batah kau sesat,” kata si Rafi cabul.

    “Ah, kau penakut!” jawab si Fitri sebelum naik ke atas wasai.

    Dorang yang lain biarkan saja, malas melayan kerenahnya.

    Naiklah Fitri perlahan-lahan, makin jauh daripada kawan-kawannya.

    Sampai di puncak, ia nampak batang pokok besar-besar, seolah-olah ada yang menjaga tempat atu.

    Tidak jauh dari situ, dia nampak satu pokok besar membentuk gerbang dan di sebelahnya, tanah yang rata seperti habis ditebang, cantik bersih disinari bulan penuh.

    “Astaga…” bisik si Fitri. “Perkampungan kah ni?”

    Matanya melilau, tapi anehnya, inda ada satu pun tanda-tanda ada rumah ataupun orang tinggal sana.

    Angin mula bertiup perlahan, membawa bau harum yang inda dikenalinya. Hatinya mula rasa lain macam.

    Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi halus, seperti orang berbisik-bisik tapi percakapannya inda jelas.

    Suara atu makin lama makin dekat. Fitri rasa badannya berat, seperti ada mata-mata yang sedang meliatinya.

    Ketika ia mahu turun semula ke wasai, ia terasa seperti ada tangan yang mencengkam lengannya dari belakang.

    “Kamu inda patut ada di sini…” bisik satu suara yang dingin.

    Fitri terjerit dan jatuh terguling ke bawah, tersembam ke tanah dengan kuat. Malik, Jali sama Rafi yang masih di wasai berlari ke arahnya.

    “Fitri! Kau kenapa?”

    Fitri mengangkat mukanya dengan nafas tercungap-cungap.

    “Ada orang di atas sana! Bukan mcm urang biasa!”

    Tanpa membuang masa, dorang empat sekawan lari lintang pukang keluar dari hutan atu.

    Waktu sampai di kampung, dorang terkejut melihat jam.

    Baru saja dorang merasa sejam di dalam hutan, tapi jam di luar sudah menunjukkan jam enam pagi.

    Sejak malam atu, dorang inda berani lagi masuk ke hutan Peradayan.

    Sampai hari ini, Fitri inda dapat lupa wajah yang dilihatnya di balik gerbang pokok besar atu – mata merah bersinar dalam gelap, tersenyum dengan senyuman yang dingin dan penuh misteri.

    Adakah itu perkampungan bunian? Atau sesuatu yang lebih menakutkan? Inda siapa tahu…

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda