Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teroka keindahan pemandangan musim luruh

    SEOUL – Bermula daripada mendaki gunung hingga riadah berbasikal, Seoul, dan bandar-bandar sekitarnya menawarkan pelbagai peluang menarik untuk menikmati pemandangan berwarna-warni seperti merah, kuning dan jingga pada musim luruh ini.

    Tetapi, jika awda ingin menghayati keindahan dedaun dan suasana musim luruh tanpa melakukan perjalanan terlalu jauh, awda boleh mengunjungi beberapa tempat percutian musim luruh yang popular di Seoul berhampiran stesen kereta api bawah tanah yang mudah diakses.

    HANEUL PARK DI MAPO-GU

    Haneul Park, salah satu daripada lima taman daripada Taman Piala Dunia, adalah tempat popular bagi keluarga, rakan dan pasangan yang datang ke puncak bukit untuk melihat matahari terbenam dan pemandangan indah waktu malam Seoul.

    Pada musim luruh, padang rumput warna perak menjadi satu lagi tarikan untuk melawat taman yang terletak di bekas tapak pelupusan sampah yang telah ditambak.

    Pengunjung boleh memulakan perjalanan dengan berjalan kaki selama 20 minit ke taman tersebut dari Stadium Piala Dunia di Stesen Laluan 6 Bawah Tanah.

    Pemandangan padang rumput perak Haneul Park pada waktu malam. – ANN/The Korea Herald
    Mirror Lake di Seoul Forest di Seongdong-gu, timur Seoul. – ANN/The Korea Herald
    Daun-daun berwarna semasa musim luruh Tasik Seokchon di Songpa-gu, selatan Seoul. – ANN/The Korea Herald
    Dedaunan musim luruh di denai Metasequoia Seoul Forest di Seongdong-gu, timur Seoul. – ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald
    Gambar ANN/The Korea Herald

    Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki bas elektrik ulang-alik atau mendaki 331 anak tangga kayu.

    Kebanyakan laluan pejalan kaki berturap, tetapi terdapat juga laluan tanah yang melintasi padang rumput. Jalan itu juga sesuai bagi kereta sorong anak damit melaluinya tanpa sebarang kesukaran.

    Festival itu mempunyai zon khas untuk bergambar, memainkan muzik di tempat awam secara langsung, pertunjukan cahaya dan aktiviti secara langsung termasuk sesi membuat rantai kunci serta program membuat jambangan bunga bertemakan rumput perak.

    SEOKCHON LAKE DI SONGPA-GU

    Seokchon Lake mungkin telah mencipta nama sebagai tempat ikonik untuk melihat bunga sakura pada musim bunga, tetapi ia bertukar menjadi tempat dedauan gugur pada musim luruh.

    Pokok mapel dan ginkgo mendereti denai yang mengelilingi tasik sepanjang 4.17 kilometer itu, mencipta lingkaran warna merah dan kuning pada musim luruh.

    Berjalan-jalan di bawah terowong pokok berwarna-warni pastinya cara untuk menikmati daun-daun berguguran pada musim luruh.

    Bagi mereka yang ingin menyaksikan perbezaan daun musim luruh warna emas dan amber, lawatan ke Lotte World Tower berdekatan bangunan kelima tertinggi di dunia memberikan pemandangan Seokchon Lake yang memukau.

    Sementara itu, pengunjung juga boleh menikmati masakan ala Perancis dan koktel bermusim di restoran Sofitel Ambassador Seoul Fait Maison dan kelab atas bumbung Latitude32, sementara menghayati pemandangan musim luruh yang cantik.

    SEOUL FOREST DI SEONGDONG-GU

    Seoul Forest, yang terletak di Seongdong-gu, timur Seoul, adalah tempat yang boleh dikunjungi sepanjang tahun.

    Di sini, awda boleh mencari ketenangan daripada kesibukan hidup di bandar.

    Laluan denai di hutan menarik perhatian awda apabila pokok Metasequoia dan ginkgo bertukar warna semasa musim luruh.

    Salah satu perkara menarik tentang Seoul Forest ialah awda boleh menerokai taman untuk mencari sesuatu yang menarik.

    Jika ingin merasai angin yang menyegarkan, awda boleh pergi ke Bukit Angin di taman itu.

    Walaupun Romantic Garden dan Mirror Lake mempunyai latar belakang estetik untuk sesi bergambar, laluan The Path of Contemplation dan kawasan rehat tanpa halangan membenarkan pengunjung menikmati pemandangan daun-daun musim luruh yang indah.

    Di samping itu, pengunjung juga boleh menerokai lebih banyak kawasan di Forest Seoul seperti Insect Garden dan kandang rusa.

    J-Hope Forest 2 di Seoul Forest mungkin berada dalam senarai tapak wajib dikunjungi peminat BTS di Korea. Seoul Forest terletak berhampiran Stesen Seoul Forest di Laluan Suin-Bundang. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda