Tuesday, July 2, 2024
22 C
Brunei

    -

    Teroka minyak pelincir Shell di CF29

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Para pengunjung berpeluang mengalami pe-ngalaman mengasyikkan dalam menerokai minyak pelincir Shell yang diedarkan oleh Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) semasa Jerayawara Shell Experiential di Pesta Pengguna ke-29 (CF29) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

    Para pengunjung berpeluang menyertai cabaran-cabaran yang diketengahkan semasa jerayawara berkenaan untuk memenangi hadiah dan pembelian minyak pelincir Shell terpilih menerusi promosi eksklusif.

    Salah satu tarikan jerayawara ialah Cabaran Shell Journey to Reward, yang boleh disertai secara percuma dan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

    Untuk menyertai, para pengunjung hanya perlu mengumpul tiga STEM daripada tiga petak pameran di jerayawara berkenaan yang memberikan mereka peluang memenangi hadiah secara rambang termasuk pelbagai produk dan barangan Shell.

    Bersempena promosi Rewarding Journeys with Shell, tawaran eksklusif juga diadakan hanya di Jerayawara Shell Experiential di mana setiap pembelian minyak pelincir Shell terpilih semasa jerayawara itu membolehkan pelanggan mendapatkan barangan Shell dan mengambil bahagian dalam promosi yang sedang berjalan.

    Selain itu, minyak pelincir Shell yang mempunyai pelekat, Untuk Pasaran Brunei, akan terus diketengahkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Diperkenalkan pada 2023, pelekat kod QR yang unik ini membolehkan pelanggan mengenal pasti jika minyak pelincir yang dibekalkan kepada mereka adalah minyak pelincir bekalan BSM tulen.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi Jerayawara Shell Experiential semasa CF29, bermula 26 hingga 30 Jun, dari 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

    Warga BSM bergambar ramai semasa jerayawara tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...