Thursday, November 28, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teroka peluang kembangkan bahasa Melayu

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Puan Yang Terutama Fadhlina binti Sidek yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan sebagai sebahagian daripada Lawatan ASEAN 2024, Menteri Pendidikan Malaysia tiba di Bandar Seri Begawan untuk lawatan kerja selama satu hari bagi membincangkan hal-hal pendidikan yang utama dan meneroka peluang untuk memperkukuhkan usaha dalam mengembangkan bahasa Melayu.

    Sepanjang lawatannya, PYT Fadhlina turut berkesempatan melawat beberapa buah institusi pendidikan termasuk Akademi Kepimpinan dan Guru Brunei Darussalam (BDLTA), Sekolah Penerbangan (Cawangan SSRC) Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Kedua-dua belah pihak menyatakan harapan untuk meneruskan kerjasama khususnya dalam memajukan inisiatif pendidikan, memperkasa bahasa Melayu serta memupuk hubungan yang lebih erat antara kedua-dua buah negara dalam bidang pendidikan.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan PYT Fadhlina bergambar ramai semasa kunjungan hormat kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    PYT Fadhlina ketika berkunjung ke Sekolah Penerbangan (Cawangan SSRC) IBTE. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda