Oleh Abbi Kanthasamy –
SRI LANKA – Semasa saya meneroka ke tengah-tengah kawasan tanah tinggi Sri Lanka, Kandy, pemandangan yang berwarna-warni, mengingatkan kepada era penjajahan dan ladang-ladang teh yang menghijau.
Tempat penginapan saya ialah di W15 Hanthana Estates, sebuah hartanah yang bukan sahaja menawarkan penginapan kepada tetamu ia juga mengimbau ke era silam.
Ia merupakan tempat nostalgia penjajah, berkonsepkan dinding ladang mewah lima bintang, mengingkatkan kembali ketika pemilik ladang, yang dikenali sebagai ‘Penanam,’ memajukan pulau itu.
Bersiar-siar di W15 Hanthana adalah seperti berjalan dalam ruangan klasik di mana udaranya segar, dan setiap sudut menceritakan kisah kemewahan dan daya tarikan dunia lama. Daripada seni bina hingga ke suasana, ia merupakan satu penghormatan kepada kisah sejarah tentang kawasan jajahan, dilengkapi dengan hiasan kemewahan moden.
Estet itu menawarkan pelbagai pengalaman yang menggabungkan keindahan semula jadi di kawasan itu dengan kisah silamnya. Terdapat pendakian dan denai 4×4 yang berliku-liku melalui harta tanah yang luas itu, di samping kepandaian mereka membina khemah di tengah-tengah hutan.
Di sana, di tengah-tengah bunyi cengkerik dan desiran pepohonan, saya menghirup minuman tempatan.
Digabungkan dengan tonik, ia mengingatkan zaman Inggeris lama tentang matahari terbenam dan kisah-kisah Raj.
Kandy ialah sebuah bandar yang berbukit-bukit dan lembah, di mana tanah rata adalah jarang ditemui.
Cuaca di tempat itu memberikan kesejukan ditambah dengan bau pokok pain dikelilingi dengan flora tempatan, mewujudkan iklim yang terasa hampir sederhana namun jelas tropika.
Pengembaraan kulineri di Kandy sangat mengujakan, sama seperti keindahan dan kepelbagaian landskapnya.
Masakan tempatan kebanyakanya mempunyai rasa pedas seperti roti, pol sambol, kari dhal, dan pelbagai nasi berempah yang menjadikan setiap hidangan menyelerakan.
Sesiapa yang mengunjungi Kandy pastinya tidak akan terasa lengkap sekiranya tidak menikmati budaya tehnya.
Di sebuah kilang teh tempatan, upacara minum teh merupakan penghormatan kepada daun yang memberikan kekayaan wilayah itu.
Berikut adalah beberapa tarikan lain di Kandy yang patut dikunjungi:
1. KUIL SUCI GIGI
Ini adalah rumah kepada relik Buddha yang paling penting di Sri Lanka – sebatang gigi Buddha. Kuil itu merupakan pusat budaya dan spiritual dengan ritual harian yang menjadi satu pertunjukan penghormatan dan keindahan.
2. TAMAN BOTANI PERADENIYA
Syurga flora yang terbentang luas, dengan koleksi orkid, taman rempah yang wangi dan deretan pokok royal palm. Ia adalah galeri hidup yang menggambarkan keindahan botani yang pelbagai di pulau itu.
3. TASIK KANDY
Dibina pada tahun 1807 oleh Raja Sri Wickrama Rajasinghe, berjalan-jalan di sekitar tasik yang tenang ini menawarkan pemandangan yang indah dan menenangkan berbanding jalan-jalan bandar yang sibuk.
4. PEMANDANGAN KANDY
Menawarkan pemandangan bandar yang luas dari tempat bertingkat ini, di mana ia sangat menakjubkan pada waktu matahari terbenam apabila lampu bandar mula berkelip.
5. TAPAK BURUNG DAN HIDUPAN LIAR
Suasana semula jadi Kandy merupakan syurga bukan sahaja bagi pemerhati burung tetapi juga peminat hidupan liar.
Sama ada melihat helang hitam yang megah, helang shaheen yang pantas, atau burung kakak tua bertenggek, rantau itu dipenuhi dengan kehidupan burung.
Bagi yang bernasib baik, kelibat harimau bintang yang berkeliaran di banjaran gunung Hanthana menambahkan keseronokan pengembaraan.
6. DENAI PEKOE
Bermula di W15 Hanthana Estate, Denai Pekoe menawarkan pengalaman mendaki yang indah dan budaya melalui tengah-tengah negara teh Sri Lanka.
Laluan pendakian itu mesti dilakukan bagi pencinta alam semula jadi dan mereka yang mencari gabungan pengembaraan dan budaya.
Setiap saat di Kandy mengimbau kembali masa lalu, berhubung perkara penting dalam sejarah, semuanya terletak pada kemewahan di W15 Hanthana.
Pengembaraan itu lebih daripada sekadar perjalanan, ia adalah satu pengalaman yang tiada terdapat dalam buku cerita, namun terdapat di bandar di mana warisan teh dan masa saling berkait selama-lamanya. – ANN/The Star