Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teroka pilihan pengajian antarabangsa

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Agensi Perkhidmatan Pendidikan Findlay terus komited dalam membantu golongan pelajar di negara ini untuk mencapai impian perjalanan lanjutan akademik mereka untuk meneroka pilihan pengajian antarabangsa.

    Sehubungan itu, Pameran Pengajian Antarabangsa ke-20 telah diadakan hari ini di Cesar Grand Hall, Hotel Mulia, Anggerek Desa. Para pelajar bersama ibu bapa mereka telah berpeluang bertemu secara langsung bersama wakil-wakil universiti dan kolej dari United Kingdom, Australia, Kanada, Malaysia, Singapura, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

    Antara yang hadir bagi sama-sama menyaksikan pameran berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie; Pegawai Politik di Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, Morgan Kimber; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Nur Ezira Mahadi; dan Pegawai Hal Ehwal Awam di Kedutaan AS, Katherine Ntiamoah.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan Biasiswa, Jabatan Pengajian Tinggi dan Unit Kerjaya dan Kaunseling di Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

    Dalam pada itu, Pengarah Urusan Findlay, Sunita Martin, antara berkata tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-10 agensi perkhidmatan pendidikan berkenaan dan pada sambutan pada bulan Jun lalu di mana Setiausaha Tetap Pendidikan Tinggi di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad selaku tetamu kehormat, di mana mereka telah melancarkan moto baharu Building Futures, Transforming Lives.

    Para pelajar semasa mengunjungi petak pameran berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Jelasnya lagi, pameran hari ini sememangnya menandakan usaha mereka untuk membantu ratusan pelajar mencapai realiti mereka.

    Findlay ialah penyedia tunggal di Negara Brunei Darussalam penilaian psikometrik Morrisby Career Profiling yang melihat kebolehan, minat dan personaliti seseorang untuk mencadangkan kerjaya dan lawatan sambil belajar yang sesuai untuk mereka. Alat yang berkuasa ini untuk perancangan tersedia dalam kumpulan kecil di pejabat Findlay, dengan maklum balas berharga diberikan selepas itu serta akses dinamik sepanjang hayat kepada profil-profil yang dikemas kini apabila calon matang dan mempertimbangkan pilihan baharu.

    Di samping itu, Findlay juga mempamerkan bengkel penulisan cv, temu duga dan pembentangan yang memberikan sokongan yang tidak ternilai kepada para pelajar yang kembali yang ingin memasuki pasaran pekerjaan.

    Pegawai-pegawai dari Jabatan Pengurusan Biasiswa turut menyalurkan perkongsian kepada pelajar-pelajar mengenai senarai biasiswa yang akan diterbitkan dalam bulan akan datang.

    Begitu juga para pegawai Majlis Pentauliahan mengemukakan soalan mengenai perkara mengenai program dan universiti akreditasi. Selain itu, The Centre for British Teachers turut hadir untuk membincangkan mengenai ujian bahasa Inggeris IELTS yang diperlukan oleh banyak universiti sebagai sebahagian daripada syarat kemasukan mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda