Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Dynamik Technologies dengan kerjasama OutSystems selaku rakan kongsi eksklusif acara, telah menganjurkan Bengkel Jumpstart Low Code, baru-baru ini.
Acara selama sehari berkenaan telah dihadiri lebih 20 orang peserta dari pelbagai institusi dan organisasi untuk meneroka potensi bagi pembangunan kod-rendah.
Bengkel itu menawarkan sebuah platform amali untuk menghasilkan aplikasi mudah alih dan laman sesawang reaktif, menggabungkan pembelajaran dengan pertandingan mesra.
Acara diakhiri dengan sebuah pertandingan di mana hadiah-hadiah telah diberikan kepada tiga projek teratas, mengetengahkan kemungkinan pembangunan kod rendah secara inovatif.