Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teroka warisan budaya masakan Brunei

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Rombongan seramai 34 orang termasuk kumpulan wanita dari Kampung Bolkiah A dan B telah menyertai lawatan ke Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga bagi menerokai warisan budaya dan masakan Brunei, hari ini.

    Lawatan anjuran Green Brunei di bawah Projek Ristaan Abadi dengan sokongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenaan bertujuan bagi membolehkan pertukaran pengetahuan antara dua komuniti Kampong Ayer, sekali gus menyediakan para peserta dengan nilai-nilai pengalaman pembelajaran untuk dimanfaatkan dalam lingkungan penduduk setempat.

    Hadir menyertai lawatan berkenaan ialah Penghulu Mukim Zon 2 Kampong Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid; dan Pemangku Ketua Kampung Zon 4 Kampong Ayer (Kampung Bolkiah A dan Kampung Bolkiah B), Awang Shamsuddin bin Haji Maidin.

    Pemangku Ketua Kampung Zon 2 Kampong Ayer (Mukim Saba, Mukim Peramu, Mukim Sungai Siamas, Kampung Ujong Kelinik dan Kampung Sumbiling Lama), Haji Mayalin bin Haji Saat; dan Pemangku Ketua Kampung Zon 3 Kampong Ayer (Kampung Setia B dan Kampung Sungai Kebun), Awang Rahman bin Haji Kassim turut hadir semasa lawatan tersebut.

    Pengembaraan dimulakan dengan lawatan ke Surinam Enterprise, di mana para peserta telah berpeluang menerokai dunia akuakultur yang secara tidak langsung mendedahkan mereka tentang amalan perikanan mampan dan kepentingan industri perikanan dalam ekonomi Brunei.

    Makam Sultan Hassan, Sultan Brunei ke-9 dan Pusat Perkhidmatan Pelancongan Seri Tanjung MPK Sungai Bunga turut menjadi destinasi lawatan.

    Salah satu tarikan utama lawatan di pusat perkhidmatan pelancongan itu ialah sesi demonstrasi pembuatan produk makanan antaranya keropok udang, kuih sapit, penyaram, taufu fa, dan ambuyat.

    Kumpulan Wanita dari Kampung Bolkiah A dan B yang ikut serta dalam lawatan tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN GREEN BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN GREEN BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda