Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terokai destinasi pelancongan bertema warna pelangi

    Oleh Florey D. Mikil – 

    PORTUGAL – Diselubungi kaleidoskop warna tatkala kita menjalani kehidupan seharian, kita boleh memandang remeh keindahan yang dicipta oleh adunan dan keharmonian pelbagai warna dan rona ini.

    Namun Maria Joao Durao, pengasas-presiden Persatuan Warna Portugal yang pada 2008 mencadangkan amalan meraikan warna untuk satu hari, kini terdapat tarikh yang ditetapkan yang mengingatkan kita untuk menghargai keajaiban dan keunikan yang boleh dibawa oleh warna.

    Persatuan Warna Antarabangsa bersetuju dengan cadangan Durao pada tahun 2009, dan sejak itu, tanggal 21 Mac telah ditandakan sebagai Hari Warna Antarabangsa.

    Penghargaan terhadap warna telah terbukti bermanfaat untuk pelancongan kerana tempat-tempat yang dicat dalam pelbagai warna menarik pelancong untuk mengunjungi destinasi unik berkenaan.

    ‘Destinasi berwarna-warni’ boleh menjadi tema yang bagus untuk jadual perjalanan, jadi beberapa perjalanan berikut dicadangkan untuk pada senarai pelancongan awda.

    Sweden adalah salah satu negara paling hijau di dunia. – ANN/The Star
    La Almazara in Sepanyol adalah kilang minyak unik pertama di dunia. – ANN/The Star
    Izamal dikenali sebagai ‘bandar kuning’. – ANN/The Star
    Festival unik pertempuran limau di Carnevale di Ivrea, Itali. – ANN/The Star
    Pulau Ungu di Korea Selatan dinamakan Kampung Pelancongan Terbaik PBB pada 2021. – ANN/The Star
    Penduduk Hmong di Sapa, Vietnam, terkenal dengan kain warna nila mereka. – ANN/The Star

    LA ALMAZARA (SEPANYOL)

    Tempat yang menarik perhatian kerana reka bentuk luarannya yang unik dan berwarna cerah, La Almazara sepatutnya digelar sebagai ‘kilang minyak unik pertama di dunia.’

    Bangunan berbentuk kiub yang mengagumkan itu dicat merah tua, mengingatkan warna tanah yang biasanya ditemui di kawasan Ronda di Sepanyol, hiasannya termasuk tanduk lembu jantan besar dan mata gergasi yang kadang-kadang mengeluarkan asap dari tengah-tengah.

    Pelancongan oleo atau pelancongan minyak zaitun adalah tarikan utama di sini, kerana terdapat kilang minyak zaitun artisan dan muzium minyak tematik (Museo de la Almazara).

    CARNEVALE DI IVREA (ITALI)

    Bukan tempat semata-mata, tetapi Carnevale di Ivrea, Itali adalah festival unik yang berkisar tentang limau. Bandar ini berwarna jingga setiap Mac apabila karnival berlangsung.

    Khususnya, ia berlaku semasa acara utama karnival, iaitu Battle Of Oranges.

    Ia adalah pertempuran makanan terbesar di Itali, dengan sejarah berakar-umbi sejak zaman perte-ngahan kerana ia meraikan kebebasan Ivrea daripada penindasan.

    Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, yang kemudiannya akan membaling antara satu sama lain dengan limau. Kumpulan yang menaiki kereta mewakili tentera zalim, manakala kumpulan yang lain, berjalan kaki, mewakili orang awan yang menentang mereka.

    IZAMAL (MEXICO)

    Warna kuning sentiasa pen-ting kepada bandar kecil Izamal di Yucatan, Mexico. Penduduknya pernah mengecat rumah mereka dalam warna kuning kerana bandar itu merupakan tapak hijrah dewa matahari, Kinich Kakmo.

    Walau bagaimanapun, sejak 2002, Izamal telah ditetapkan sebagai Pueblo Magico atau Bandar Ajaib. Program oleh Sekretariat Pelancongan Mexico ini dianugerahkan kepada tempat-tempat yang mengekalkan kekayaan sejarah, budaya, cerita rakyat dan keindahan alam semula jadi mereka.

    GOTHENBURG (SWEDEN)

    Secara teknikalnya, warna ‘hijau’ di sini merangkumi seluruh Sweden, yang dinamakan tempat paling hijau di Bumi pada tahun 2024 oleh Greenmatch.

    Untuk memperincikannya lagi, mari fokus pada Gothenburg, bandar Sweden kedua terbesar selepas Stockholm dan salah satu bandar paling mampan di dunia. Inisiatif Zon Bandar Hijau Gothenburg yang dilancarkan pada 2021, menyasarkan menjadi kawasan bandar bebas pelepasan menjelang 2030.

    Semasa di Gothenburg, bersantai di Taman Bandar Slottsskogen, atau pelajari tentang pembangunan mampan di pusat sains awam Universeum. Awda juga boleh bersiar-siar di kawasan kejiranan tertuanya, Haga, dan mengagumi rumah kayu yang dipelihara dengan baik.

    CHEFCHAOUEN (MAGHRIBI)

    ‘Biru rumahnya, dengan tingkap kecil berwarna biru’ demikian lirik lagu popular Eiffel 65 pada 1999 Blue (Da Ba Dee). Jika awda membesar mendengar lagu menarik ini, kami jamin ia adalah perkara pertama yang akan muncul di kepala awda sebaik sahaja awda menjejakkan kaki ke Chefchaouen.

    Bandar lereng gunung di Maghribi ini sesuai dengan julukan Berlian Biru atau Mutiara Biru.
    Nama-nama julukan itu berasal daripada bangunan berwarna biru yang menonjol, yang menjadikannya destinasi yang menarik jika awda mencari percutian yang tenang.

    SAPA (VIETNAM)

    Teres padi di Sapa (atau Sa Pa) di wilayah Lao Cai di Vietnam biasanya menjadi tarikan pelancong semasa lawatan mereka.

    Jika awda bercadang melawat Sapa disebabkan keindahan semula jadinya, jangan lupa juga untuk meluangkan masa untuk menemui keajaiban uniknya yang lain, tekstil tradisional yang diwarna nila.

    Terokai perkampungan terpencil di lereng gunung dan awda akan bertemu wanita dengan tangan berwarna biru-ungu. Ia adalah hasil pencelupan pakaian mereka dengan pewarna nila asli yang diperoleh daripada tumbuhan Indigofera.

    Banyak kumpulan etnik Vietnam, seperti puak Hmong dan Dao, masih mengamalkan tradisi ini.

    Membeli tekstil yang diwarna cantik bukan sahaja menarik untuk dijadikan cenderahati tetapi awda juga menyokong kehidupan mereka dan menghargai warisan mereka.

    PULAU UNGU (KOREA SELATAN)

    Apabila membabitkan Korea Selatan dan ungu, kedua-dua ini biasanya digabungkan dengan BTS, kumpulan K-pop popular dengan warna rasminya ungu.

    Walau bagaimanapun, Pulau Ungu bukanlah hasil kerja peminat BTS. Ia adalah hasil usaha penduduk warga emas itu sendiri, yang melukis kampung mereka dengan warna eponim sebagai penghormatan kepada bunga loceng yang tumbuh dengan banyak di sini.

    Ia juga dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan pelancongan.Sebelum penjenamaan semula, tidak ramai yang akan meneroka sama ada pulau Banwol atau Bakji.

    Ini berubah selepas kedua-dua pulau itu bergabung tenaga pada tahun 2015 dan secara kolektif dikenali sebagai Pulau Ungu, setelah melukis segala-galanya dalam warna ungu-ungu yang kini menjadi ciri khasnya.

    Usaha ini malah mendorong Pulau Ungu diiktiraf sebagai salah satu Kampung Pelancongan Terbaik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2021. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda