MEDELLIN, COLOMBIA – Wilson Guzman kehilangan upaya kedua-dua kakinya pada usia 17 tahun semasa dia ditembak pada bahagian belakang ketika sedang mendapatkan semula sebuah basikal yang dicuri di Medellin ,bandar tempat dia dilahirkan, Colombia.
Dua dekad selepas itu, dia menelusuri menerusi jalan-jalan bandar tersebut menggunakan sebuah basikal elektrik menggunakan tangan dipasang di depan kerusi rodanya.
Dia baru-baru ini menyediakan lawatan ke taman-taman Medellin kepada tujuh orang yang mengikutinya pada laluan basikal dan menaiki bukit curam menggunakan pengangkutan yang sama.
“Setiap orang yang menaiki kerusi-kerusi roda pergi dengan satu senyuman. Mereka juga belajar bagaimanakah perasaan untuk berada dalam keadaan seseorang yang kehilangan keupayaan,” kata Guzman.
Lawatan menggunakan kerusi roda diketuai oleh Guzman sekali seminggu merupakan tarikan pelancong terbaharu dalam bandar yang secara perlahan ‘menghapuskan’ reputasinya bagi jenayah dadah dan menjadi salah satu destinasi yang kerap dikunjungi di Colombia.
Mereka diaturkan dengan MATT yang membawa erti Mobiliti, Ketersampaian, Masa dan Kerja, sebuah start-up diasaskan pada tahun lepas yang menyasarkan untuk mereka pekerjaan bagi orang-orang dengan kehilangan upaya.


Untuk AS$25, dua orang yang boleh atau tidak boleh berjalan menaiki kerusi roda elektrik dan mengambil lawatan selama tiga jam taman tepi sungai bandar tersebut, di mana ianya termasuk perhentian di sebuah kedai kopi dan bar. Peralatan tersebut mampu memecut cepat dan boleh mencapai kelajuan sehingga 30kmsj (19 batu sejam).
“Kami rasakan ia akan menjadi cadangan terbaik dalam pendidikan dan inklusi,” ujar pengasas syarikat Martin Londono.
Lawatan tersebut bermula pada Oktober dan laluannya masih disesuaikan. Londono menyatakan dia mahu menawarkan mereka pada awal tahun ini tetapi pelancarannya perlu ditunda disebabkan pandemik koronavirus dan sekatan perjalanan dikenakan oleh kerajaan Colombia, di mana ianya kemudian dikurangkan pada September.
Basikal menggunakan tangan tersebut, dibuat dan direka bentuk dengan bantuan bengkel basikal tempatan, yang dikuasai menggunakan bateri boleh dicas semula dan dipasangkan pada kerusi roda dengan bar besi dan pencangkuk.
Stereng dan brek sama se-perti basikal biasa sementara memecut hanya perlu menekan tombol pada salah satu pemegang basikal.
Londono, 31, mula bekerja pada basikal-tangan empat tahun lalu untuk meningkatkan pergerakannya sendiri. Dia kehilangan fungsi kakinya setelah saraf tunjang tulang belakangnya patah dalam kemalangan trafik pada usia 18 tahun.
Londono mendapat inspirasi dari Batec, syarikat Sepanyol yang membuat basikal-tangan elektrik dan menjualnya untuk 4,000 hingga 6,000 euro. Dia ingin membuat satu versi yang mampu milik untuk orang-orang di Colombia, di mana gaji minimum sekitar AS$250 sebulan.
Setelah beberapa percubaan, Londono berjaya mereka sebuah basikal menggunakan tangan berfungsi untuk dirinya sendiri tetapi usahanya untuk menjual dengan harga sekitar AS$2,000 tidak berjaya.
“Kami menyedari yang kebanyakan orang dengan kehilangan upaya di Colombia mempunyai pendapatan sangat tidak seberapa. Mereka tidak mempunyai pekerjaan dan kebanyakannya tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan kerusi roda biasa,” ujar Londono, yang dibesarkan dalam kejiranan kaya Medellin dan lepasan daripada sekolah antarabangsa.
Londono menukarkan model perniagaan dan menemui MATT. Dengan simpanan dan rakan perniagaannya, Londono telah mereka 15 buah basikal menggunakan tangan. Tiga daripadanya telah dipajakkan kepada orang-orang dengan kehilangan upaya yang bekerja untuk perkhidmatan penghantaran ditubuhkan oleh MATT tahun ini. – AP