Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terokai keunikan dan kemajuan bandaraya Tokyo

    TOKYO – Industri pelancongan di Jepun semakin meningkat dengan pesatnya, apabila menerima seramai 20 juta orang pelancong pada setiap tahun dan daripada jumlah terdapat seramai satu juta orang pelancong adalah terdiri daripada warga Amerika Syarikat.

    Namun, kekangan bahasa dan perbezaan budaya ada kalanya mendatangkan rasa kerisauan di kalangan pelancong yang berhasrat untuk melancong ke negara matahari terbit ini.

    Antara perkara baru yang mungkin di alami oleh sesetengah pelancong apabila berpeluang untuk melancong ke Tokyo adalah kesukaran untuk mencari alamat yang hendak dituju berikutan daripada sistem yang berbeza.

    Kebanyakan jalan dan bangunan di kawasan Tokyo tidak memiliki nama dan nombor yang mengikut urutan. Justeru bagi memudahkan pelancong untuk menuju ke sesebuah tempat adalah dengan memiliki peta peribadi atau aplikasi yang boleh dimuat turun sebagai panduan perjalanan.

    Walaupun peta dwibahasa ada dilekatkan di kebanyakan stesyen keretapi yang sering kali menjadi tumpuan para pelancong namun ada baiknya untuk membawa peta sendiri bagi memudahkan seseorang pelancong itu untuk berkomunikasi dengan warga tempatan yang lain ketika meminta pertolongan panduan hala tuju.

    Mandi onsen iaitu mandi di kolam air panas merupakan antara keunikan budaya di Jepun.
    Mandi onsen iaitu mandi di kolam air panas merupakan antara keunikan budaya di Jepun.

    D_030217

    Seperkara yang harus diingat kepada para pelancong ketika menyebut nama destinasi yang hendak di tuju, anda harus meletakkan penekanan yang sama pada setiap suku kata dan sentiasa menyebut huruf ‘E’ pada akhir perkataan untuk suku kata yang berasingan seperti penyebutan ‘ko-bay’ bagi perkataan ‘Kobe’.

    Sementara bagi yang gemar melakukan pengembaraan dengan kemudahan keretapi juga tidak perlu gentar kerana kebanyakan tanda-tanda yang disediakan di stesyen keretapi adalah dalam Bahasa Inggeris.

    Selain itu, rakaman dan papan tanda elektronik bagi mengumumkan ketibaan stesyen juga dilakukan dalam gaya dwibahasa bagi memudahkan para pelancong.

    Bagaimanapun ada kalanya perjalanan dengan menggunakan kemudahan keretapi akan kelihatan cukup rumit dan para pelancong adalah digunakan untuk memuat turun aplikasi Tokyo Metro yang merupakan sistem aplikasi Navitime dalam versi Jepun bagi memudahkan perjalanan.

    Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan kemudahan keretapi pada waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan yang mungkin jarang atau tidak pernah dialami oleh para pelancong.

    Jepun memang sebuah negara yang cukup terkenal dengan variasi pelbagai jenis hidangan termasuk hidangan yang berunsurkan eksotik seperti hidangan yang tidak perlu dimasak dan terus dimakan secara mentah.

    Beberapa buah restoran juga turut menyediakan sampel menu makanan yang direka daripada bentuk plastik bagi memudahkan lagi seseorang pelanggan itu untuk melihat sendiri cara penyediaannya dan makanan Inggeris cukup sukar untuk ditemui dalam kebanyakan restoran di Jepun.

    Antara hidangan popular yang menjadi sajian utama di kebanyakan restoran di Tokyo adalah tempura, sushi dan ramen. Namun restoran makanan segera antarabangsa juga banyak dapat disaksikan di sekitar bandaraya Tokyo.

    Sekiranya, pelayan di kebanyakan restoran di Tokyo hanya seolah-olah mengendahkan kehadiran anda maka usah rasa khuatir kerana mengikut kebiasaan di Jepun para pelayan hanya akan menghampiri pelanggan apabila mereka di sapa dengan ungkapan ‘sumimase’ yang merujuk kepada sapaan apabila seseorang pelanggan itu memerlukan khidmat daripada pelayan restoran tersebut.

    Selain itu, para pelanggan juga tidak perlu untuk membayar sebarang bayaran tip kepada para pelayan yang bertugas.

    Bagi individu yang kurang gemar menjamu selera di restoran pula boleh membeli pelbagai jenis makanan seperti sandwich, bento, snek dan juga pemanis mulut yang ditawarkan di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit.

    Antara keunikan budaya di Tokyo adalah hotel yang menawarkan bilik ala kapsul.
    Antara keunikan budaya di Tokyo adalah hotel yang menawarkan bilik ala kapsul.

    Hidangan teh memang salah satu minuman popular yang dihidangkan di Jepun berbanding kopi. Namun para pelancong yang terbiasa untuk minum kopi pada setiap pagi, kedai kopi terkemuka seperti Starbucks juga banyak dapat dilihat di sekitar bandar Tokyo.

    Manakala dari aspek pengurusan kewangan pula rata-rata kebanyakan penduduk Jepun lebih biasa untuk melakukan urusan pembayaran secara tunai berbanding kad kredit memandangkan ia adalah sebuah bandar yang memiliki persekitaran selamat.

    Namun bagi para pelancong yang gemar melakukan aktiviti membeli-belah di gedung perniagaan dan pusat membeli belah, kad kredit antarabangsa setentunya boleh digunakan bagi tujuan memudahkan urusan pembayaran.

    Salah satu kebiasaan bagi masyarakat Jepun adalah budaya mandi onsen iaitu mandi di kolam air panas dan mandi sento iaitu mandi secara beramai-ramai. Namun kedua-dua jenis aktiviti mandi tersebut dilakukan secara berasingan di antara lelaki dan perempuan.

    Ia adalah salah satu pengalaman baru yang boleh dialami sendiri oleh para pelancong ketika berada di Jepun. Namun salah satu aspek yang dititik beratkan adalah kebersihan diri sebelum masuk ke kolam air panas tersebut.

    Pengalaman baru secara berterusan setentunya akan dapat dinikmati tatkala para pelancong berada di dalam hotel yang menawarkan bilik ala kapsul, katil di dalam laci dan tidur di atas tilam yang beralaskan tikar tatami.

    Seperkara yang harus diperingatkan oleh para pelancong adalah untuk menanggalkan kasut ketika mengunjungi tempat-tempat yang bersejarah, restoran tradisi mewah dan rumah penginapan tradisi. Bagaimanapun para pengunjung adalah diwajibkan untuk memakai stoking sepanjang berada di kawasan-kawasan tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda