Bagi kebanyakan orang, gambaran pertama terhadap Asia Tengah mungkin samar-samar, malah teragak-agak untuk menunjuk dengan tepat kedudukannya pada peta dunia. Ia seakan-akan suatu tempat yang cukup asing dan misteri.
Dibayangi oleh kemasyhuran bahagian Asia yang lain, ‘misteri’ Asia Tengah tercorak daripada sejarahnya yang kompleks, apatah lagi dengan pendedahan yang kurang dan agak baru di pentas dunia. Penonjolan media tentang budaya dan realiti politiknya juga terhad.
Apa tersembunyi di sebalik misteri Asia Tengah?
Jadi, negara serantau apakah yang perlu kita kenali dengan lebih mendalam lagi?
Asia Tengah terdiri daripada lima negara berdaulat iaitu Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan dan Tajikistan. Salah satu sifat ketara rantau ini adalah kedudukannya yang dikelilingi daratan dan “gergasi” seperti Rusia, China, Timur Tengah dan Asia Selatan.
Dianggap sebagai jantung benua Asia dari segi geografi, lima bekas republik Kesatuan Soviet ini masing-masing menyimpan sejarah yang saling berkaitan dan tersendiri dengan ikatan sentimen zaman silam Laluan Sutera dan masa kini yang “tersembunyi”. Identiti budaya, pembangunan ekonomi, dan corak geopolitik mereka merupakan elemen menarik yang perlu diterokai pelancong asing.
Gabungan budaya dan sejarah yang unik
Pengaruh Turki, Parsi, Mongol dan Soviet merupakan inti pati yang terkandung di dalam budaya Asia Tengah yang tampak asing bagi pelawat dari sudut dunia yang lain. Keistimewaan inilah yang bakal membuka mata dan membina pemahaman terhadap rantau ini.
Meskipun tidak terserlah dalam budaya pop dan media global, lokasi strategik Asia Tengah yang menghubungkan Timur dan Barat menjadikan rantau ini menonjol sebagai “dunia baru” untuk diterokai.
Asia Tengah yang menduduki persimpangan Laluan Sutera selama lebih dua ribu tahun ini memainkan peranan penting sebagai tempat perdagangan dan pertukaran budaya. Dominasi Soviet sejak pertengahan abad ke-19 turut mempengaruhi sejarah rantau ini yang sarat dengan warisan dan budaya yang bertindih. Dengan kata lain, Asia Tengah mencerminkan pertembungan pelbagai tamadun dan kuasa besar.
Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan dianggap sebagai negara berdaulat yang muda kerana mereka hanya memperoleh kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991 selepas kejatuhan blok tersebut pada tahun 1991.
Kazakhstan – pintu masuk ke Asia Tengah
Apa agaknya yang boleh awda bayangkan tentang negara ini? Terasa sangat asing? Namun begitu, aura misteri inilah yang menjadikan Kazakhstan destinasi yang sempurna untuk diterokai anda sendiri!
Meskipun Kazakhstan merupakan negara kesembilan terbesar di dunia, ia masih kurang dikenali oleh masyarakat dunia atas sebab-sebab yang telah kita bincangkan sebelum ini. Namun demikian, Kazakhstan seumpama sebuah permata tersembunyi yang menyilau dengan keindahan alam semula jadi, kekayaan sejarah, serta keagungan seni bina.
Selain daripada sejarah Laluan Sutera, Kazakhstan memukau pengunjung dengan landskap yang luar biasa, yang merangkumi gunung, gurun, dataran rumput, dan Laut Caspian – badan air pedalaman terbesar di dunia, iaitu sebuah tasik seluas 371,000 km² yang lebih besar daripada kebanyakan negara di bumi ini.
Tarikan landskap yang luar biasa termasuk Charyn Canyon – digelar Grand Canyon Kazakhstan yang terletak di bahagian timur Almaty berhampiran sempadan China; Big Almaty Lake – takungan alpine semula jadi yang terletak di pergunungan Trans-Ili Alatau; Tasik Kaindy – tasik pergunungan berwarna biru kehijauan dengan pokok-pokok tenggelam; Tasik Issyk – tasik yang dikelilingi oleh hutan bergunung-ganang; Cosmonaut Grove – jalan dengan pokok yang ditanam oleh angkasawan sebelum berlepas ke angkasa lepas; Valley of Balls – batu sfera misteri semula jadi di gurun separa, bahagian barat Kazakhstan; Pergunungan Altai – gabungan hutan, dataran rumput alpine dan biodiversity yang menakjubkan; dan Wilayah Mangystau – gurun istimewa dengan tebing putih dan formasi batu yang aneh, serta masjid bawah tanah.
Rancang perjalanan awda dengan mudah bersama AirAsia
Hab udara Kuala Lumpur sedia menyempurnakan perjalanan anda yang melibatkan penerbangan ke rantau berlainan. Sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara dan selanjutnya, Kuala Lumpur menawarkan sambungan yang luas ke semua negara ASEAN dan SELANJUTNYA termasuk China, Jepun, Asia Tengah dan Australia.
Ini bermakna AirAsia turut menawarkan laluan Fly-Thru [dari Brunei > Kuala Lumpur (Fly-Thru) > destinasi seterusnya] dekat dan jauh seperti Krabi, Bangkok, Surabaya, Osaka, Perth dan Almaty (Kazakhstan).
Penerbangan langsung AirAsia dari Bandar Seri Begawan (BWN) ke Kuala Lumpur (KUL) mengambil masa kira-kira 2 jam dan 20 minit. Sekiranya awda ingin menggabungkan tiga destinasi berbeza dalam satu perjalanan yang sama, contohnya [dari Brunei > Jakarta (Destinasi 1) > Kuala Lumpur (Destinasi 2) > Kazakhstan (Destinasi 3)], rangkaian merentasi rantau AirAsia yang luas termasuk penerbangan ke Asia Tengah akan merealisasikan hasrat awda.
Bagi mereka yang memburu penerbangan mesra poket, pelancong yang suka mengembara, pelajar mahupun pelawat perniagaan, transit melalui Kuala Lumpur ke bandar terbesar di Kazakhstan mampu memenuhi selera tersebut.
Bagi memudahkan perancangan anda, manfaatkan hab Kuala Lumpur dengan tempahan penerbangan, perkhidmatan e-hailing, penginapan hotel dan pakej pelancongan, hanya dengan menggunakan hujung jari anda.
Diskaun 25% untuk semua tempat duduk dan penerbangan
Awda dapat menikmati tawaran promosi ini bagi tempahan yang dibuat dari sekarang hingga 27 April 2025 untuk perjalanan yang berlaku dalam rangka masa dari 28 April hingga 30 November 2025.
Seronok, baloi dan memberikan ketersampaian ke rantau berlainan, rancang perjalanan anda dengan mudah dan selesa melalui aplikasi mudah alih AirAsia MOVE yang komprehensif.
Tempahan dalam talian mudah sahaja
Klik dan muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui pautan di bawah:
untuk menikmati tawaran eksklusif ahli serta mengumpul mata ganjaran khas untuk ahli. Aplikasi ini turut membolehkan anda daftar masuk (check in) seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas dan menggunakan e-Boarding Pass untuk menaiki penerbangan.
Selamat berjalan-jalan dan makan angin!