Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terowong canggih las vegas bakal dibuka 2020

    SAN FRANCISCO, 29 DIS – Sebuah terowong berukuran hampir satu batu di Las Vegas merupakan alternatif bagi bandar yang penuh sesak dijangkakan siap tahun depan, dalam kenyataan Twitter usahawan inovatif, Elon Musk.

    Terowong canggih sedang dibina oleh Syarikat The Boring, salah sebuah syarikat yang berorientasikan masa depan yang diasaskan oleh Musk, bersama Tesla, syarikat kereta elektrik dan SpaceX, yang membangunkan pelancaran kenderaan.

    Jutawan berusia 48 tahun dalam tweetnya bahawa berkata “Syarikat Boring sedang melengkapkan terowong komersial pertama di Vegas, bermula daripada Pusat Konvensyen ke Strip.”

    Dalam tweet keduanya, dia berkata ia akan siap dan berharap beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020.

    Pusat konvensyen Las Vegas adalah kompleks luas yang semakin berkembang, terowong dengan kepanjangan 0.8 batu (1.3 kilometer) akan memudahkan perjalanan di antara Pusat konvensyen dan bandar popular, Strip, di mana terdapatnya banyak hotel-hotel besar dan kasino. Para pegawai Las Vegas telah memilih Syarikat The Boring pada bulan Mac lalu untuk mereka bentuk, membina, dan mengurus terowong kembar yang mampu menempatkan penumpang berskala kecil, kenderaan autonomi, masing-masing memuatkan lapan hingga 16 penumpang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda