JAKARTA, 9 OGOS – Terowong Landasan Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung No.8 di Indonesia sudah siap dilaksanakan, kata operator hari ini.
KCIC, sebuah konsortium usaha sama antara firma kerajaan Indonesia dan China berkata dalam kenyataan akhbar, setakat ini, pemasangan rasuk alar projek terowong No. 4 sudah pun siap dilaksanakan selepas penyiapan terowong No.8, melanjutkan kerja-kerja pemasangan rasuk dalam menyiapkan projek HSR.
Terowong yang terletak di Cikalong, Keregenan Bandung Barat, wilayah Jawa Barat itu berukuran 2,190 meter panjang dengan kedalaman maksimum kira-kira 95 meter.
KCIC berkata terowong No.8 adalah terowong kedua terpanjang dalam projek itu, dengan dua syaf condong di sepanjang terowong.
KCIC berkata pembinaannya berdepan banyak kesukaran dan risiko termasuk keadaan geologi yang rumit dan jalan dan landasan sedia ada termasuk rintangan lain.
KCIC berkata syarikat China yang bertanggungjawab ke atas pembinaan itu telah mengadaptasi langkah pencegahan pandemik yang komprehensif dan efektif untuk memastikan terowong No.8 lancar disiapkan.
Dengan rekaan kelajuan 350kmsj, kereta api berkelajuan tinggi dibina menggunakan teknologi China itu akan mengurangkan perjalanan antara Jakarta dan Bandung, bandar wilayah Jawa Barat dari lebih tiga jam kepada sekitar hanya 40 minit. – Xinhua
