Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Terpaksa makan roti diperbuat daripada makanan haiwan

    GAZA, PALESTIN, 25 JAN – Penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza mula mengisar makanan haiwan ternakan untuk membuat roti kerana kekurangan tepung gandum susulan Tel Aviv menyekat bantuan kemanusiaan.

    Agensi Anadolu melaporkan bahawa hampir tiada bantuan kemanusiaan sampai ke bahagian utara Gaza, manakala rakyat Palestin yang tinggal di wilayah itu bergelut untuk mendapatkan makanan.

    Makanan binatang ternakan dijual di utara Gaza untuk kegunaan manusia kerana bekalan tepung gandum yang terhad.

    Beberapa video memaparkan rakyat Palestin terpaksa memakan roti yang diperbuat daripada makanan haiwan ternakan manakala kucing dan anjing dilihat menggigit-gigit mayat yang bergelimpangan di jalanan.

    Di bandar selatan Khan Younis, tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terus berlanjutan, membiarkan mayat rakyat Palestin mereput tanpa dikebumikan serta menghalang orang ramai daripada mengeluarkan mayat dari runtuhan.

    Saksi mendakwa terdapat beberapa rakyat Palestin cuba kembali ke lokasi serangan untuk mencari jenazah insan tersayang tetapi menjadi sasaran kereta kebal Israel.

    Saksi juga mendakwa terdapat ambulans yang cuba membawa beberapa mayat ke Kompleks Perubatan Nasser di pusat bandar tetapi anggota paramedik terpaksa melarikan diri akibat diserang kereta kebal Israel. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...