Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
Melting Me Softly merupakan drama terbaharu Korea Selatan yang bergenrekah komedi misteri, romantik, sains fiksyen dan juga fantasi serta bakal disiarkan dalam saluran tvN.
Drama ini bakal disiarkan pada 28 September ini bagi menggantikan slot drama terdahulu yang bakal berakhir, Arthdal Chronicles Part 3.
Drama terbaharu ini diarahkan oleh Shin Woo Cheol manakala skrip pula ditulis oleh Baek Mi Kyeong dan bersiaran setiap hari Sabtu dan juga Ahad. Antara pelakon Korea Selatan yang membintangi drama ini ialah seperti Ji Chang Wook yang memegang watak sebagai Ma Dong Chan dan Wo Jin A yang berperanan sebagai Go MiRan.
Kronologi ringkas
Melting Me Softly ini mengisahkan mengenai Ma Dong Chan yang terkenal sebagai ‘Hit Maker’. Dia adalah seorang penerbit yang sangat terkenal dan berjaya di mana setiap program yang dilaksanakannya pasti akan terkenal dan menerima respons yang baik dari orang ramai. Dong Chan dianggap sebagai seorang individu yang sempurna, memiliki wajah yang tampan dan dasar fizikal yang kuat.
Dalam masa yang sama, di bawah satu syarikat, terdapat seorang karyawan yang bernama Ko Mi Ran. Dia merupakan seorang pekerja yang dedikasi dan sentiasa bekerja keras untuk menyelesaikan hutang keluarganya.
Apa yang lebih menyedihkan, Mi Ran turut menerima banyak ancaman daripada penagih hutang dan akhirnya Mi Ran terlibat dalam program variasi terbaharu di bawah syarikat majikannya yang bertajuk ’24 Hour Frozen Human Project’. Program tersebut turut diikuti oleh Dong Chan.
Dengan niat untuk menyelesaikan hutang keluarganya, Mi Ran menerima tawaran sebanyak 5 juta won sebagai hadiah bagi ikut serta menjalankan program tersebut dan dibekukan selama 24 jam. Setelah dibekukan, mereka hanya mencair selepas 20 tahun yang kemudian sehingga membangkitkan masalah peribadi yang rumit.
Don Chan dan Mi Ran cuba mencari jalan penyelesaian berikutan kesan eksperimen tersebut. Dalam masa yang sama, bagi mengekalkan suhu badan yang ideal, mereka berdua perlu dekat bagi memanaskan badan mereka dan terus bertahan hidup. Apakah kesudahan kronologi mereka, anda boleh saksikannya dalam drama bersiri Melting Me Softly.
