KENDRAPARA, 8 JUN – Pantang maut sebelum ajal, itulah yang dipegang oleh seorang nelayan wanita yang terselamat daripada serangan buaya di Sungai Ramachandi di Hariabnka, India baru-baru ini.
Menurut laporan portal The New Indian Express, wanita tersebut, Mamata Jana terpaksa mencucuk mata reptilia itu bagi menyelamatkan diri.
Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menangkap anak-anak udang di sebatang sungai bersama seorang lagi wanita, namun tiba-tiba diserang seekor buaya sepanjang 2.7 meter yang cuba membaham tangannya.
“Saya mencucuk mata buaya itu yang kemudian melonggarkan gigitan, membolehkan saya menyelamatkan diri,” katanya yang dirawat akibat kecederaan di hospital. – Agensi