Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tertekan akibat jerawat di muka

    BIARPUN sering tampil sempurna di mata masyarakat, model Kandell Jenner pernah mengalami tekanan apabila dikecam gara-gara berjerawat. Foto pada acara Golden Globes 2018 yang berlangsung pada 7 Januari lalu memperlihatkan wajahnya berdepan dengan masalah kulit dan penuh jerawat.

    Bintang Keeping Up With The Kardashians dikecam tidak pandai menjaga kulit dan tidak layak membawa status supermodel. Menerusi sebuah temu bual di majalah Allure Magazine, Kendall meluahkan rasa tertekan yang dilaluinya.

    “Sebenarnya saya cukup yakin kerika itu, kemudian ramai yang mula komen jahat sehingga rendah diri. Saya sedar sedang mengalami masalah jerawat dan tidak perlu memberitahu saya tentang hal itu banyak kali,” ujarnya.

    Kendall turut mengakui dia menangis beberapa hari kerana komen negatif itu dan menganggap komen itu hanya mengganggu emosinya. “Saya juga punya perasaan dan komen itu sangat menyakitkan,” ujarnya. – Agensi

    Kendall turut mengakui dia menangis beberapa hari kerana komen negatif itu dan menganggap komen itu hanya mengganggu emosinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda