Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Seorang lelaki yang berdepan tuduhan mengejar dan mengayunkan parang terhadap seorang anggota polis dalam kejadian amuk, semalam, diperintahkan oleh Mahkamah Majistret untuk membantu siasatan.
Mohd Noh Mohd Edham, 33, didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 5:36 petang pada 28 April 2017.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman mengemukakan tuduhan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga denda.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mene-tapkan 29 Jun untuk sebutan semula.