Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tertuduh nafi dakwaan cabul, curi

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Seorang lelaki yang didakwa atas pertuduhan mencuri pakaian dalam wanita dan melakukan cabul, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.

    Muhammad Adib bin Zaini, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Ketua Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Tertuduh berdepan tuduhan mencuri pakaian dalam wanita pada tengah malam 30 Ogos 2011, dan juga mencabuli kehormatan seorang wanita yang juga pemilik pakaian dalam itu, dengan menghantar mesej ‘tidak senonoh’ untuk tujuan kepuasan seksual pada 12 Disember 2018.

    Tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan, dan kesnya akan didengar lagi pada 8 Januari tahun depan untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

    Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda