Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terubat rindu Abby Abadi jumpa anak

    Sekian lama tidak bertemu, pelakon Abby Abadi akhirnya dapat melepaskan rindu berjumpa dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania.

    Menurut Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, pertemuannya dengan Marissa itu adalah semasa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak anak ketiganya iaitu Maria Danisha Hakim pada malam kelmarin. Kata Abby, dia terkejut apabila melihat Marissa, 19, turut hadir meraikan majlis berkenaan.

    “Nak terkejutkan Baby (panggilan Danisha), tapi saya yang terkejut sebab ada Marissa. Danish (anak sulung) memang selalu ada je di mana-mana. Lama tak jumpa anak Mama (panggilan Abby) yang seorang ni, rindu sangat-sangat!” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi tadi.

    Dalam rakaman video dikongsi itu, Abby dilihat memeluk erat Marissa dan mereka sekeluarga sempat bergambar bersama. Rata-rata warganet turut terharu dan sebak melihat momen manis berkenaan.

    Dalam pada itu, Abby mengucapkan terima kasih kepada Marissa kerana sudi meluangkan masa bertemu dengan keluarga.

    “Terima Kasih datang semalam raikan Baby. Datang selalu okay?. Daiyan, Dayana, Darda semua rindu dan sayang Marissa sangat-sangat! Tak berkurang walau sedikit pun. Nanti kita rancang untuk pergi berjalan sama sama, okay?” ujarnya.

    Abby sebelum ini menerusi Instagram beberapa kali meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya itu yang kini sudah bergelar isteri kepada Ahmad Aslam.

    Untuk rekod, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 2002 namun bercerai pada 2009. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 21, Marissa Dania Hakim,19, dan Maria Danisha Hakim, 16 tahun.

    Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.

    Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. – Agensi

    Abby akhirnya dapat melepaskan rindu pada Marissa selepas bertemu dengannya ketika sambutan hari jadi Marisha. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda