Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruja belajar buat Bua Loy Sam Si

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Sirikit, Ibu Permaisuri ke-92, yang jatuh pada 12 Ogos ini, Kedutaan Besar Diraja Thailand di Brunei Darussalam telah menganjurkan aktiviti bersama warga An-Nur Harapan yang berlangsung di Pusat An-Nur Harapan, hari ini.

    Berkenan berangkat ke acara tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

    Turut hadir ialah Duta Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai bersama warga kedutaan dan wakil komuniti Thailand di negara ini yang turut serta bagi memeriahkan aktiviti itu.

    PYT Boosara Kanchanalai dalam ucapan ringkasnya menyatakan amat menghargai penghormatan yang diberikan kepada pihak kedutaan untuk sekali lagi mengadakan aktiviti bersama warga An-Nur Harapan bagi memeriahkan acara yang amat bermakna serta istimewa itu.

    Terdahulu sebelum aktiviti diadakan, majlis menyaksikan wakil dari Hong Guan, Alex Lim, menyampaikan sumbangan berupa produk Thailand kepada UNIKLEARN yang diwakili oleh Pengurus Besar, Dayang Melline binti Haji Jaini.

    Pada aktiviti itu, warga An-Nur Harapan kelihatan begitu teruja apabila berpeluang terlibat sama dalam demonstrasi masakan Thailand yang menampilkan Cef Thikamporn Sawangarom dari Kedutaan Diraja Thailand dalam menunjuk cara menyediakan hidangan Three-Colour Rice Dumplings atau yang lebih dikenali sebagai Bua Loy Sam Si.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke acara tersebut. – GAMBAR OLEH LYNA MOHAMMAD
    Warga An-Nur Harapan teruja untuk sama-sama terlibat dalam penyediaan hidangan Bua Loy Sam Si. – GAMBAR OLEH LYNA MOHAMMAD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda