Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruja bersantai bersama walrus

    BRUGELETTE, BELGIUM, 31 JULAI – Kebanyakan kawasan di barat Eropah sedang mengalami gelombang haba hari ini, namun pelawat ke salah satu taman safari Belgium boleh berseronok dalam sebuah iglu dengan pemandangan sejuk.

    Enam buah bilik bertemakan Artik di hotel Pairi Daiza telah diberikan tingkap dalam air untuk melihat dunia walrus, dan haiwan mamalia besar itu boleh berenang mendekati pelawat.

    “Pelanggan pertama yang datang berasa amat teruja,” beritahu pengarah teknikal zoo, Jeremy Lannoy kepada AFP.

    “Mereka meninggalkan tempat ini dengan perasaan seronok dan gembira, kerana pengalaman seperti ini tidak banyak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia.”

    Bilik dilengkapi tingkap setebal 10 sentimeter yang boleh bertahan tekanan air atau serbuan haiwan yang boleh membesar sehingga dua tan. Bagaimanapun, dua anak walrus di taman nampaknya tidak agresif. Apa-apa pun, haiwan ini amat tertarik dengan telatah pengunjung.

    “Tidak timbulnya peluang anda mengganggu haiwan itu disebabkan kawasannya adalah amat besar dan ia mempunyai akses ke kawasan dalam dan luar,” kata jurucakap taman Claire Glissen.

    “Kadangkala walrus naik ke tingkap dan berminat melihat siapa yang berada dalam bilik. Namun ada kalanya ia tidak berminat. Ia bergantung pada keadaan mentalnya.” – AFP

    Pelawat melihat walrus dari bilik hotel mereka di taman haiwan Pairi Daiza di Brugelette. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda