Wednesday, May 22, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Teruja bertemu raja dikasihi

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    Penduduk dari seluruh lapisan masyarakat di Daerah Tutong tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan raja yang disayangi pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun pada hari ini.

    Salah seorang warga emas yang ditemui pada majlis berkenaan, Dayang Hajah Asmah binti Haji Basri, 60, mengongsikan bahawa beliau datang ke majlis berkenaan setiap tahun untuk bertemu dengan Baginda Sultan serta kerabat diraja sejak usianya masih kecil.

    Jelas warga emas yang berasal dari Kampung Telisai Tutong itu, beliau tidak mahu melepaskan peluang berharga itu kerana ia merupakan tanda kasih dan sayang rakyat kepada seorang raja yang dikasihi.

    “Pada tahun ini, saya datang bersama rakan-rakan dari Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Tutong untuk menambah kemeriahan sambutan tersebut.

    Selain menitipkan doa agar Baginda Sultan dikurniakan kesihatan sihat serta dipanjangkan umur, beliau turut merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan Baginda Sultan kepada rakyat dalam pemberian pencen umur tua kepada warga emas di samping bantuan perubatan percuma serta pembelajaran kepada rakyat dan penduduk di negara ini.

    Hajah Asmah (tengah) semasa hadir bersama rakan-rakan dari Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Tutong. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Liling Sherlynawati semasa ditemui media. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Dayang Amirah ketika ditemui pihak media. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    Sementara itu, Amirah binti Haji Mohd Zaki yang merupakan salah seorang warga Sekolah Rendah Kampung Bukit, Tutong ketika ditemui pihak media meluahkan perasaan terujanya untuk berkunjung ke majlis yang sama pada tahun ini.

    Menurut Dayang Amirah, acara pada tahun ini dilihat berjalan dengan lancar dan sempurna sama seperti tahun-tahun yang lalu dengan persembahan penuh warna-warni yang memukau penduduk Daerah Tutong meskipun terpaksa menahan terik panas matahari.

    “Datangnya kami pada majlis seumpama ini merupakan salah satu tanda kesetiaan dan kecintaan kami kepada raja yang dikasihi. Janggal rasanya kalau tidak datang,” tambah Dayang Amirah.

    Salah seorang pelajar yang sempat ditemui oleh media, Liling Sherlynawati dari Sekolah Menengah Sekolah Menengah Sufri Bolkiah mengongsikan bahawa penyertaannya pada tahun ini bukanlah kali pertama, namun semangatnya untuk datang dan menyertai acara tersebut tidak pernah luntur setiap tahun.

    Pelajar Tahun 10 itu berkata beberapa tahun yang lalu, dia pernah menyertai persembahan dan bertemu secara langsung dengan Baginda Sultan bersama rakan-rakan sekelas lain yang pastinya menjadi satu kenangan manis yang tidak dilupakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rakyat Pakistan digesa berada dalam rumah berikutan gelombang haba

    ISLAMABAD, 22 MEI - Pihak berkuasa di Pakistan kelmarin menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah kerana negara itu dilanda gelombang haba melampau...