Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruja kutip marshmallow digugurkan dari helikopter

    SOUTHFIELD, 31 MAC – Marshmallow menghujani sebuah taman pinggir bandar Detroit pada Jumaat ketika kanak-kanak berlumba-lumba untuk mengutip ribuan gula-gula kenyal yang dijatuhkan dari sebuah helikopter.

    Acara tahunan Great Marshmallow Drop berlangsung di Catalpa Oaks County Park di Southfield, dianjurkan oleh Oakland County Parks.

    Ratusan kanak-kanak melambai dan bersorak ketika helikopter itu berlalu dalam perjalanan ke zon pengguguran. Setibanya di sana, seorang penumpang menggugurkan gula-gula itu dari sebuah guni dan bertaburan di atas rumput di bawah dan kanak-kanak meluru untuk mengutipnya.

    Pihak penganjur menekankan walaupun gula-gula gebu itu nampak menyelerakan, ia tidak boleh dimakan kerana telah jatuh di atas tanah. Sebaliknya, kanak-kanak menukar marshmallow yang dikumpulkan dengan beg hadiah yang mengandungi gula-gula, buku mewarna dan pas sehari ke taman air.

    Bercakap sebelum acara itu, Melissa Nawrocki, penyelia program rekreasi Oakland County, berkata 15,000 marshmallow akan digugurkan.

    “Ia hanya perayaan. Cuaca baik, jadi kami gembira dapat keluar dan berinteraksi serta mengutip marshmallow,” kata Robin Kinnie, ibu kepada tiga peserta Great Marshmallow Drop, salah seorang yang mengambil bahagian dalam acara dikhaskan untuk kanak-kanak kelainan upaya.

    Helikopter itu membuat empat hantaran, menggugurkan marshmallow yang menyasarkan kanak-kanak dalam tiga kategori umur, kanak-kanak berumur 4 tahun dan lebih muda; 5 hingga 7 tahun, dan mereka yang berumur 8 hingga 12 tahun.

    Penghantaran untuk kanak-kanak kurang upaya dilakukan pada lewat pada hari itu. – AP

    Seorang kanak-kanak menunjuk ke langit di mana sebuah helikopter telah menggugurkan ribuan marshmallow ke taman di Southfield, Michigan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda