Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruja rai pertemuan semula di Labuan

    LABUAN, 15 SEPT – Seramai 33 alumni St John’s College di Jafna, Sri Lanka memilih Labuan sebagai destinasi ketiga bagi meraikan pertemuan semula mereka selama lima hari bermula 12 hingga 16 September.

    Jurucakap kumpulan bekas pelajar itu Prakash Gunasingam berkata pulau bebas cukai ini dipilih selepas India dan Bali, Indonesia kerana mempunyai persamaan dengan Sri Lanka iaitu cuaca dan budayanya.

    “Setiap lima tahun kami cuba untuk berkumpul semula, kami bermula pada 2011 di India, 2016 di Bali dan tahun ini di Labuan. Kami tidak pernah ke sini jadi kami teruja apabila sampai ke pulau ini,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini semalam.

    Prakash berkata kesemua mereka yang berumur 50an telah berhijrah ke pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Kuwait, Perancis dan Australia. – Bernama

    Bekas pelajar Kolej St John, Jaffna, Sri Lanka bergambar selepas temu bual dengan media di The Palm Beach Resort and Spa kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda