Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teruja saksikan upacara ABDB

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Selain warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), orang ramai juga turut mengambil kesempatan untuk menyaksikan Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Jubli Intan ABDB yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, pada hari ini.

    Mereka yang datang terdiri daripada ahli-ahli keluarga warga tentera, peminat-peminat yang kebanyakannya dari kalangan kanak-kanak yang berjiwa atau bercita-cita untuk menjadi seorang tentera dengan mengenakan pakaian seragam tentera bagi menunjukkan semangat ketenteraan mereka.

    Selain itu, jurugambar-jurugambar bebas juga kelihatan sibuk merakamkan detik-detik bersejarah ABDB.

    Di samping menyaksikan Upacara Perbarisan RaksasaSambutan Jubli Intan ABDB, orang ramai juga berpeluang menyaksikan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB yang diketuai oleh paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, serta persembahan terjun payung oleh ABDB.

    Antara orang awam yang hadir semasa Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Jubli Intan ABDB yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda